Saturday, February 4, 2012

G1 Assassin " Killer-Gaming" Motherboard

As salam rakan2 semua. Baru2 ni aku ada post dekat Mudah.my pasal Gigabyte G1 Assassin " Killer-Gaming Motherboard" khas untuk gamers2 di luar sana yang sangat2 dahagakan ULTRA HIGH punya graphic for every games. Bukan saja2 aku letak harga sampai RM8000++ tuh, sebab memang mahal mainboard yang ni. Tambahan pulak dijana oleh PROCESSOR INTEL CORE i7 3960X EXTREME yang berharga RM3300++,15MB cache dan 3.30Ghz. Selain dari cantik, segala macam benda baru ada dalam Motherboard ni. Tambahan sikit, spec yang ni, korang memang kena guna 1000W punya power supply, sebab takut2 kang kalau guna 650W x dapat tampung pulak kepoweran motherboard n processor spec ni. Guna 750W pon actually dah cukup, cuma in the future kalau korang nak upgrade PC lagi, x payah la tukar Power Supply, sbb Power Supply 1000W ni cukup untuk 2 keturunan.

Datang dgn 8 slot USB 3.0(kalau korg ada external atau thumbdrive yang 3.0,mungkin transfer rate paling kurang 50MB/s) , 6 soket memori dan 4 PCIE slot, Motherboard yang paling best setakat ni yang aku jumpa. Memang direka khas untuk gamer sejati. Cuma bajet kena keluar sikit la. Sangat sesuai untuk water cooling, dan triple-slot graphic card, senang crita nak buat crossfire(SLI) , mmg sesuai la motherboard ni. Cuma aku ni kan dungu sikit, water cooling x reti buat lagi, tengah belajar dari Zairi Muhaimeen, member aku dari Johor yang power gila pasal komputer. Benda ni jugak diperbuat daripada barang yang sangat2 tahan lasak(sebab tu la motherboard ni mcm "askar"hehe..), dan heatpipe boleh tahan dengan suhu yang sangat tinggi. Chassis pon x boleh pakai yang cikai2 punya, paling kurang kena pakai yang RM200 ke atas,for example Syclone 2, Silverstone Precision ke, atau yang paling cantik dan murah COOLER MASTER HAF 912 Advance. So, to all gamers luar sana, apa tunggu lagi?? Kumpul bajet sikit beli motherboard ni, konfem x nyesal punya!!!! Aku on the way nak tukar kepada motherboard yang ni!! Adios!!

No comments:

Post a Comment